KTS Plantation, syarikat swasta pertama miliki piawaian MC & I (Hutan Asli)

TA07383

WONG (kiri) bersama Fadzil dan Mahmud bergambar selepas menanam pokok sebagai simbolik perasmian.

Pelajar UMS dapat pengalaman mengenai operasi hutan diuruskan di bawah prinsip SFM

Oleh YUSOP TEPPO

KTS Plantation adalah syarikat swasta yang pertama di Malaysia yang disahkan dengan piawaian MC & I (Hutan Asli) untuk pensijilan Pengurusan Hutan dan MS ISO 1400 untuk pensijilan Sistem Pengurusan Alam Sekitar.

Pengurus Kawasan Sabah, KTS Plantation, Wong Kee Mee berkata KTS Plantation akan terus berusaha ke arah kecemerlangan menggunakan kedua-dua piawaian itu bagi mengukur prestasi pengurusan tiga teras utama dari aspek ekonomi, alam sekitar dan sosial SFM.

“Kedua-dua piawaian itu juga akan digunakan untuk mempromosikan inovasi yang berterusan serta meningkatkan amalan pengurusan.

Oleh itu, ini adalah satu peluang keemasan yang terbaik bagi kami untuk berkongsi pengalaman kami dengan para pemerhati muda semasa kem ini,” katanya.

Beliau percaya kerjasama itu mungkin salah satu strategi terbaik untuk memanfaatkan potensi kolaborasi penyelidikan universiti-industri seperti KTS agar terus melaksanakan dan memperbaiki amalan pengurusan hutan berdasarkan prinsip pengurusan hutan lestari.

“Melalui pengalaman operasi dari KTRS, kami akan membuat resipi terbaik untuk SFM yang berjaya dari SFD, yang dapat memperlihatkan bahawa industri perhutanan bergerak ke tahap yang sangat mencabar dari Forester yang berpengetahuan dan kompeten untuk membawa sains menjadi amalan,” katanya.

Wong berucap demikian pada Kem Perhutanan 2017 Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Hutan Simpan Segaliud Lokan, Beluran.

Hadir sama, Pegawai Perhutanan Daerah Sandakan Haji Fadzil Haji Yahya dan Pensyarah Fakulti Sains dan Sumber Alam UMS Profesor Madya Dr Mahmud Sudin.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perhutanan Sabah, UMS dan KTS Plantation Sdn Bhd atas usaha kolektif mereka untuk memastikan Kem Perhutanan ke-17 itu berjalan lancar kerana ia adalah salah satu inisiatif yang diambil di bawah MoU yang ditandatangani pada November 2016.

“Ini adalah Kem Perhutanan kedua dijalankan di Hutan Simpan Segaliud Lokan selepas kejayaan acara yang sama tahun lepas,” katanya.

Katanya, KTS Plantation berterima kasih kepada pihak UMS kerana memilih Hutan Simpan Segaliud Lokan sekali lagi untuk tapak Kem Perhutanan ke-17 mereka.

“Ini adalah satu penghormatan bagi KTS Plantation untuk menjadi tuan rumah program ini dan kami berharap para pelajar akan mendapat pengalaman berharga mengenai operasi hutan yang diuruskan di bawah prinsip SFM dalam program 12 hari ini,” katanya.

Beliau dimaklumkan bahawa terdapat 150 pelajar yang terlibat dalam program ini yang dijalankan di persekitaran hutan sebenar yang lebih mencabar daripada tahun sebelumnya.

“Kami terhutang budi kepada Jabatan Perhutanan Sabah atas sokongan yang diberikan kepada program ini terutama atas keizinan dan kemasukan percuma untuk semua pelajar semasa acara itu,” katanya.

Wong menambah, KTS Plantation Sdn Bhd yakin dapat menyediakan model ideal bagi mewakili keperluan industri hutan sebagaimana satu kajian kes bagi pelajar universiti untuk memenuhi keperluan hutan yang teguhberpengetahuan dan kompeten untuk membawa industri arah tahun 2020 dan seterusnya.

UMS DAPAT ILMU MENGENAI SFM DALAM KEM PERHUTANAN DI HUTAN SIMPAN SEGALIUD LOKAN Sementara itu, Dr.

Mahmud dalam ucapannya berkata program ini akan berjalan lebih kurang dua minggu bermula 25 Ogos sehingga 9 September nanti, dengan pelbagai pengisian aktiviti perkongsian ilmu dan kerja praktikal berkaitan SFM.

Beliau percaya program atau aktiviti itu adalah selaras dengan perjanjian yang dimeterai antara ketiga pihak Jabatan Perhutanan Sabah, KTS dan UMS pada tahun 2016 di persidangan HOB Kota Kinabalu, dan bagi tempoh tiga tahun yang berakhir pada 2018.

“Ia merupakan program tahunan bagi UMS, dan bermakna ada satu lagi bagi pelajar akan menjalani latihan di KTS untuk kem perhutanan seumpama ini pada tahun hadapan,” jelasnya.

Mahmud memberitahu MoU antara Jabatan Perhutanan Sabah, KTS dan UMS ini telah membuka ruang penglibatan lebih aktif kepada para akademik khususnya UMS didalam memberi kerjasama menyalurkan bantuan kepakaran bidang tertentu dalam penyelidikan dan pembangunan di KTS, khususnya di Hutan Simpan Segaliud Lokan FMU 19b ini.

Selain itu, katanya, kerjasama itu juga adalah bagi memberi pendedahan serta latihan kepada pelajar terhadap pengurusan FMU – SFMLA di Sandakan seperti yang diadakan pada Rabu.

Mahmud berharap semua pelajar pada kali ini, yang merupakan pelajar tahun 3 bidang perhutanan, dapat mengambil peluang mempelajari sebanyak mungkin ilmu di KTS khususnya bagaimana pendekatan Jabatan Perhutanan Sabah bersama KTS didalam mengurus kawasan hutan simpan ini iaitu Pengurusan Hutan secara berkekalan.

“Kerjasama kem perhutanan ini juga merupakan program perintis di Sabah, khasnya Pengurusan Hutan Berkekalan yang sepenuhnya dilaksanakan oleh pihak swasta yakni KTS Sdn Bhd, dan kita amat bangga dengan komitmen yang diberikan serta usaha kerjasama dan bantuan ini,” katanya.

Beliau juga percaya apa yang dipelajari di dalam kelas secara teori akan dapat membantu para pelajar melihat dan mempelajari dengan lebih jelas dan dekat kepada apa sebenar yang dipraktikkan di sini.

“Pengurusan SFMLA/FMU ini bukan sekara menjurus kepada penuaian hutan dengan kaedah RII tetapi lebih luas daripada itu iaitu pengurusan pelbagai guna,” katanya.

Dalam konteks SFM, beliau menegaskan kepelbagaian hutan dari banyak sudut penuaian hutan secara sistematik, perlindungan – penguatkuasaan, rekreasi, biodiversiti, ekolancung dan produk bukan berasaskan kayu dan sebagainya.

Di samping itu, katanya mungkin melalui latihan itu pihaknya sedia berkongsi dan memperbaiki pengurusan hutan yang berkaitan dari masa ke semasa hasil daripada maklum balas oleh para pensyarah dan pelajar kelak.

Mahmud juga berharap UMS akan dapat menerbitkan kertas kerja kajian melalui penyelidikan di sini untuk dibentangkan pada seminar perhutanan Jabatan Hutan seperti HOB atau Persidangan Perhutanan Semalaysia.

Dalam ucapannya, Fadzil berkata, perjanjian persefahaman antara Jabatan Perhutanan Sabah, Syarikat Perladangan KTS dan UMS pada tahun 2015 telah membuka ruang penglibatan lebih aktif kepada pelajar UMS khususnya dalam menyalurkan kepakaran penyelidikan dan pembangunan di Hutan Simpan Segaliud Lokan, Beluran.

“Kerjasama bukan sahaja membabitkan pendedahan kepada pelajar UMS berhubung pengurusan hutan secara mapan malah menerusi kem berkenaan, ia membolehkan pelajar bersedia meliputi aspek mentaliti dan perhutanan apabila memperoleh kerjaya dalam bidang berkenaan,” katanya.

Program yang berlangsung bermula 25 Ogos sehingga 9 September itu diisi dengan pelbagai aktiviti membabitkan perkongsian ilmu dan kerja praktikal pengurusan hutan.

Di samping itu, kemahiran komunikasi dan kepimpinan dalam kalangan pelajar disampaikan melalui pembentangan dan kumpulan tugasan semasa kem.

Kem berkenaan adalah kali kedua diadakan selepas kali pertama diadakan pada tahun lalu.

Kem Perhutanan adalah wajib kepada pelajar tahun tiga jurusan Perhutanan Tropika Antarabangsa, Perladangan Hutan dan Perhutani, Taman Alam Semulajadi dan Rekreasi serta Teknologi dan Industri Kayu.

Majlis turut menyaksikan seramai 150 pelajar Program Pengajian Perhutanan dari Fakulti Sains dan Sumber Alam UMS yang terlibat dalam kem perhutanan itu menanam pokok kayu gaharu bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60.

Turut ditanam adalah tiga pokok merbau oleh Haji Fadzil Haji Yahya, Wong Kee Mee dan Profesor Madya Dr Mahmud Sudin.