Policies

FOREST AND ENVIRONMENTAL MANAGEMENT POLICY

KTS Plantation Sdn Bhd is a private company awarded with a License Agreement by the State Government of Sabah to enter and manage Segaliud Lokan Forest Reserve, located in the district of Sandakan, Sabah. The company is dedicated to implementing socially accepted practices of sustainable forest resources management integrated with a sound environmental management system. The long-term intention is to achieve optimum returns from sustained utilization of rainforest timber resources by undertaking logging operations that correspond with the regeneration ability of the natural tree stands.

 

To ensure that the commitments are realised, we shall do the following:

  • Comply with relevant laws, regulations and other applicable requirements related to forest management. Fulfills all conditions in the License Agreement and Environmental Impact Assessment Agreements.
  • Operate in accordance to the approved Forest Management Plan in the spirit of sustained forest resources principles.
  • Manage timber harvesting through the preparation of comprehensive harvesting plan and implementation of reduced impact logging to protect the residual tree stock, water resources and wildlife habitat, and to achieve lower soil disturbance.
  • Implement forest silviculture practices to optimize natural commercial trees regeneration and implement forest enrichment planting with diverse timber portfolio to promote forest stocking in degraded areas.
  • Continuously improve our forest management and environmental performances through constant monitoring and periodic review of our operational control and forest technology.
  • Give employment preference to local communities to uplift their standard of living. Undertaking designed trainings to constantly enhance the skills, knowledge and competency of employees.
  • Set, implement and evaluate annually our environmental objectives and targets.
  • Communicate our policy to employees at all levels and make it available to the stakeholders and interested public.
  • Safeguard the biological, social and physical values of Segaliud Lokan Forest Reserve and take effective enforcement measures and annual monitoring program to maintain or enhance these values.
  • Avoid the use of chemical to control pests and weeds. The choice of using a chemical is based on a review of all other available options and a determination that these options are not acceptable or are not feasible. Non-chemical pest management methods are used whenever possible. All chemicals will be handled according to state and federal law.

 

We are committed to comply with the Malaysia Criteria and Indicators for Forest Management Certification [MC&I (Natural Forest)] and Malaysian Standard ISO14001 (2004) Environmental Management System as the parameters to measure our forest management performance and environmental performance respectively.

 

 

DATO HENRY LAU LEE KONG
Managing Director
May 2018

 

POLISI PENGURUSAN HUTAN DAN ALAM SEKITAR

KTS Plantation Sdn Bhd adalah sebuah syarikat swasta dianugerahkan dengan Perjanjian Lesen oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk menguruskan Hutan Simpan Segaliud Lokan, yang terletak di daerah Sandakan, Sabah. Kami berdedikasi untuk melaksanakan amalan-amalan pengurusan bersepadu alam sekitar dan sumber hutan berkekalan. Matlamat jangka masa panjang kami ialah mendapatkan pulangan optimum daripada penggunaan sumber kayu hutan hujan tropika secara berkekalan melalui operasi pembalakan terancang yang sejajar dengan kadar pertumbuhan semulajadi pokok-pokok di hutan.

Kami akan melakukan perkara-perkara berikut untuk mencapai komitmen kami:

  • Mematuhi undang-undang, peraturan dan keperluan lain yang berkaitan dengan pengurusan hutan. Memenuhi dan mematuhi semua syarat-syarat yang terkandung dalam Lesen Perjanjian dan Perjanjian Syarat-syarat Alam Sekitar.
  • Beroperasi mengikut Pelan Pengurusan Hutan yang telah diluluskan selaras dengan prinsip-prinsip pengurusan sumber hutan berkekalan.
  • Menyediakan Pelan Penuaian Terperinci dan melaksanakan pembalakan mesra alam dalam operasi penuaian kayu balak sebagai langkah meminimakan impak negatif terhadap persekitaran hutan, melindungi pokok-pokok, menjaga sumber air serta habitat hidupan liar dan mengurangkan hakisan tanah.
  • Melaksanakan amalan silvikultur hutan untuk mengoptimumkan pertumbuhan pokok-pokok semulajadi yang bernilai komersial. Menanam pokok-pokok dari pelbagai spesis di dalam hutan sebagai cara untuk menggalakkan pertumbuhan di kawasan-kawasan yang kurang kepadatan dirian pokok tuaian.
  • Menjalankan pemantauan kerja-kerja hutan dan membuat penilaian berkala terhadap kawalan operasi dan teknologi hutan kami demi meningkatkan prestasi pengurusan hutan dan alam sekitar kami.
  • Memberi keutamaan dari segi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dalam usaha untuk meningkatkan tahap kehidupan mereka. Menyediakan latihan-latihan yang telah dikenalpasti bagi meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kecekapan para pekerja.
  • Menetapkan, melaksanakan dan menilai objektif-objektif dan sasaran-sasaran alam sekitar untuk setiap tahun.
  • Menyampaikan dan menjelaskan polisi ini kepada para pekerja di semua peringkat pekerjaan. Memastikan polisi ini boleh diperolehi oleh pihak-pihak berkepentingan serta orang-orang awam yang berminat.
  • Melindungi nilai biologi, sosial dan fizikal Hutan Simpan Segaliud Lokan dan mengambil langkah-langkah penguatkuasaan yang berkesan dan program pemantauan tahunan untuk mengekalkan atau meningkatkan nilai-nilai tersebut.
  • Mengelakkan penggunaan bahan kimia untuk mengawal serangga perosak dan rumpai. Pemilihan bahan kimia berdasarkan kajian terhadap pilihan yang tersedia dan penentuan samada pilihan tersebut boleh diterima. Pengurusan dan penggunaan semua bahan kimia adalah menurut keperluan undang-undang.

Kami komited untuk mematuhi piawaian-piawaian bebas iaitu Malaysian Criteria and Indicators (MC&I Hutan Asli) dan Sistem Pengurusan Alam Sekitar MS ISO 14001 (2004) sebagai landasan piawai untuk perlaksanaan pengurusan hutan berkekalan dan prestasi alam sekitar kami.

 

 

DATO HENRY LAU LEE KONG
Managing Director
Mei 2018

 

 

 

Forest & Environmental Management Policy

Polisi Pengurusan Hutan Dan Alam Sekitar